suria

Berhenti beli nama besar, hanya bawa masuk pemain berkualiti untuk United - Solskjaer

Sanchez masih tercari-cari rentak bersama United.

OLE Gunnar Solskjaer menasihati Manchester United supaya berhenti membeli nama-nama besar dan hanya fokus terhadap pemain berkualiti untuk pasukan itu.

United memiliki pemain bintang seperti Alexis Sanchez, Radamel Falcao, Paul Pogba dan Angel di Maria tetapi mereka gagal menyerlahkan dan tidak mencapai tahap yang dikehendaki United.

Walaupun banyak wang dilaburkan, Di Maria dan Falcao meninggalkan Old Trafford selepas hanya satu musim.

Sanchez menerima pendapatan kira-kira 300,000 pound sterling seminggu tetapi masih tercari-cari rentak bersama pasukan.

Solksjaer berjaya memulihkan prestasi United sejak mengambil alih tugas Jose Mourinho yang dipecat Disember lalu dan dia percaya United perlu menilai semula polisi perpindahan mereka.

"Ia bukan mengenai jumlah pemain. United perlu memilih pemain yang tepat dan cergas. Mereka yang memiliki personaliti yang mampu melonjak pasukan.

Pogba sering tidak konsisten dalam permainannya.

"Ia bukan hanya membeli pemain bintang dan fikir ia akan memperbetulkan keadaan. Jika anda lihat pemain, umur mereka, mereka masih muda dan terdapat sedikit perkembangan dalam diri mereka.

"Namun kita juga memerlukan beberapa pemain berpengalaman, jadi sila tunjukkan dan jadi ketua.

"Paul (Pogba), Jesse, mereka berada pada usia yang kita mengharapkan mereka untuk menjalankan tanggungjawab dan bukan sekadar jadi pemain muda yang tidak konsisten," katanya.

United kini ketinggalan dua mata dibelakang Chelsea yang menduduki tangga keempat.

Chelsea akan berkunjung ke Manchester City pada Ahad manakala United boleh memintas kedudukan itu jika mereka menang ke atas Fulham dan anak buah Maurizio Sarri gagal mengutip mata penuh di gelanggang lawan. - Metro.co.uk

Paul Pogba, Alexis Sanchez

Artikel Lain