suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perak agih tiket percuma aksi bertemu Kedah

Pasukan Perak bakal bertemu Kedah Jumaat malam. Foto: FB Perak The Boss Gaurus

PERSATUAN  Bola Sepak Perak (PAFA) membuat kejutan dengan membenarkan para penyokong memasuki Stadium Perak secara percuma untuk menyaksikan skuad The Bos Gaurus berdepan Kedah dalam aksi Liga Super 2019, Jumaat malam.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, para penyokong boleh mendapatkan tiket berkenaan bermula pukul 9 pagi Jumaat di kaunter tiket stadium.

"Saya mengajak para penyokong bola sepak Perak datang ke Stadium memberi sokongan kepada pasukan kita, dan kemasukan adalah percuma," katanya menerusi satu klip video yang dimuat naik dalam laman Facebooknya, Khamis.

Dalam klip video berdurasi 1.08 minit itu, Ahmad Faizal turut menyanyikan sebuah lagu sebagai semangat untuk pasukan Perak esok.

Pertembungan antara Perak dan Kedah yang bermula pukul 9 malam esok merupakan perlawanan kedua Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan.

Pada aksi pertama Liga Super, Perak gagal mengutip mata penuh apabila tumpas 0-1 ditangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin manakala Kedah berjaya membenam PKNP FC 0-3 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Lumut.-Bernama

Perak, Kedah, Tiket

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain