suria

Manchester United intai rapat pemain 'next Cristiano Ronaldo'

MANCHESTER United antara salah satu kelab gergasi bola sepak dunia yang sedang memantau pemain remaja, Joao Felix.

Felix,19, yang dilabel sebagai the 'next Cristiano Ronaldo' menjadi perhatian di Portugal musim ini apabila meledak enam gol daripada 12 penampilan bersama Benfica, malah menjadi pemain termuda menjaringkan gol di Lisbon awal musim ini.

Kelab dijangka akan terus menggunakan khidmat pemain muda ini, namun United antara pasukan yang hampir mengintai penyerang muda tersebut.

Sumber dalam kelab memberitahu, pemain itu boleh berpindah musim depan dengan klausa perpindahan bernilai 120 juta euro (RM555 juta).

"Saya tidak takut dengan nombor yang disebut, perbandingan oleh media, atau minat daripada kelab-kelab besar di planet ini. Saya berbesar hati.

"Saya profesional dan sangat bertuah telah mendapat nasihat. Ayah saya seorang guru PE (pendidikan jamani), dan bekas jurulatih atlet dan faham dengan dunia ini.

"Dan saya mempunyai ejen terbaik di dunia Jorge Mendes. Saya tertarik oleh kelab liga besar seperti Sepanyol, England, Itali dan Perancis.

"Semua pemain terbaik Portugis pergi bermain dalam liga luar yang penting dan sudah tentu saya juga mahu berbuat seperti itu," jelasnya.

Selain United, Juventus, AC Milan dan PSG dipercayai turut memantau perkembangan pemain ini.-OneFootball

Artikel Sebelum

Artikel Lain