suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat dalam pesawat Piper Malibu belum dikenal pasti, Nantes tuntut bayaran daripada Cardiff City

Bekas kelab Sala, Nantes mula tuntut pembayaran daripada Cardiff. Foto: Getty Image

KELAB Nantes membuat tuntutan bayaran perpindahan Emiliano Sala daripada Cardiff City.

Penyerang berusia 28 tahun itu berpindah ke Cardiff City dengan harga 15 juta pound, namun tidak kesampaian untuk beraksi dengan kelab Inggeris apabila pesawat ringan yang dinaikinya hilang pada 21 Januari lalu.

Sala hilang bersama juruterbang David Ibbotson.

Bagaimana pesawat ringan Piper Malibu N264DB telah ditemui dua hari lalu di lautan Channel dan pada Khamis pasukan pencarian telah menemui mayat yang belum dikenal pasti.

Sala berpindah ke Cardiff dengan nilai 15 juta pound. Foto: Getty Image

Cardiff City mengikat Sala dengan rekod perpindahan kelab pada 19 Januari lalu dan mengikut laporan BBC, kelab Liga Perdana itu perlu melakukan pembayaran pertama selepas berpuas hati dengan dokumentasi.

BBC turut melaporkan bahawa Nantes mengugut akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka tidak menerima bayaran pertama dari Cardiff selepas 10 hari.

Sementara itu, sumber di Cardiff memberitahu BBC bahawa mereka amat terkejut dengan permintaan Nantes itu, namun sebagai menghormati kontrak ianya akan dibuat selepas semua fakta diperjelaskan.

Cardiff perlu membayar 15 juta pound kepada Nantes secara ansuran dalam temnpoh tiga tahun.-Metro.uk.cok

Nantes, Sala, Cardiff City

Artikel Lain