Separuh populasi dunia tonton Piala Dunia Rusia 2018 - Sukan | mStar

Separuh populasi dunia tonton Piala Dunia Rusia 2018

Skuad Perancis meraikan kejayaan mereka bergelar juara Piala Dunia 2018. - Reuters

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA)mendedahkan bahawa separuh daripada populasi dunia menyaksikan sebahagian perlawanan Piala Dunia 2018, menurut laporan data penonton yang diperolehi.

Seramai 3,572 bilion penonton iaitu lebih separuh daripada populasi dunia menonton pertandingan tersebut selama sebulan ia berlangsung di Rusia pada bulan Jun dan Julai lalu.

Penonton TV di rumah menonton sekurang-kurangnya satu minit liputan adalah berjumlah 3.262 bilion.

Dianggarkan lebih 309.7 juta orang pula menyaksikannya di platform digital termasuk kawasan tontonan awam atau di bar dan restoran, meningkatkan jumlah penonton keseluruhan sebanyak 9.5 peratus.

"Angka ini benar-benar menyokong dakwaan bahawa Rusia 2018 adalah Piala Dunia terbaik.

"Kami amat gembira melihat peningkatan dalam penonton masa purata penonton yang menyaksikan perlawanan.

Penduduk Perancis meraikan kejayaan pasukan negara mereka memenangi Piala Dunia Rusia 2018. - AFP

"Ini menunjukkan bahawa kami memberikan peminat apa yang mereka mahu," kata Ketua Pegawai Komersial FIFA Philippe Le Floc'h dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Perlawanan akhir antara Perancis dan Croatia pada 15 Julai berjaya menarik perhatian penonton global sebanyak 1.12 bilion, yang terdiri daripada 884.37 juta penonton TV dan 231.82 juta peminat di luar rumah dan digital.

Angka tontonan untuk separuh akhir dan final adalah kurang daripada Piala Dunia sebelumnya.

Kajian itu melaporkan jumlah itu disebabkan kekurangan wakil pasukan dari Amerika Selatan pada kejohanan tahun berkenaan. - CNBC

Piala Dunia Rusia 2018 , FIFA

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut