suria

United terpaksa pecat Mourinho selepas empat pemain ugut tinggalkan kelab

MANCHESTER United memecat Jose Mourinho kerana enggan pemain yang muak dengannya keluar beramai-ramai daripada kelab itu.

Dilaporkan empat pemain mengancam naib pengerusi eksekutif Ed Woodward bahawa mereka akan berpindah kelab jika Mourinho masih memimpin skuad tersebut semasa jendela perpindahan musim sejuk berlaku pada bulan depan.

Difahamkan Woodward memutuskan untuk bertindak kerana dia benar-benar prihatin tentang ugutan beberapa nama besar di Old Trafford yang nekad untuk meninggalkan pasukan tersebut.

Mourinho dipecat pada pagi Selasa iaitu kurang 48 jam daripada mengalami kekalahan 3-1 di Liverpool.

Kekalahan itu menyebabkan United berada 19 mata di belakang pasukan teratas liga yang kini mendahului kedudukan Liga Perdana Inggeris.

Pendedahan terkini itu merupakan dakwaan yang memalukan tentang betapa teruknya situasi pasukan di bawah bekas jurulatih tersebut.

Sumber kelab tersebut mendedahkan suasana di kem latihan menjadi semakin toksik dan beberapa pemain sanggup meninggalkan United.

Rata-rata mereka sudah hilang kepercayaan terhadap cara latihan dan taktikal Mourinho.  - Mirror UK

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Lain