Bertaruh berhubung pemecatan Mourinho, Sanchez bakal dipanggil pengurusan - Sukan | mStar

Bertaruh berhubung pemecatan Mourinho, Sanchez bakal dipanggil pengurusan

Sanchez didakwa melakukan pertaruhan dengan Marcos Rojo. FOTO: Daily Mirror

ALEXIS Sanchez akan disoal siasat oleh pihak pengurusan Machester United (MU) setelah timbul dakwaan kononnya dia membuat pertaruhan £20,000(RM95,740) berhubung pemecatan Jose Mourinho.

Menurut laporan, dia dikatakan membincangkan hal tersebut menerusi perbualan kumpulan WhatsApp.

"Saya dah kata, apa yang penting kita sabar, Rojo, kamu hutang saya £20,000(RM95,740)," tulisnya dalam perbualan itu kepada Marcos Rojo.

Mesej tersebut didakwa telah dihantar oleh Sanchez pada Selasa, beberapa jam selepas Mourinho dipecat.

Dia yang baru sahaja menyambut kelahiran ke-30 pada minggu ini bakal berhadapan dengan timbalan pengerusi eksekutif, Ed Woodward, berhubung dakwaan tersebut.

Pendedahan itu turut menimbulkan kekecewaan dalam kalangan peminat, sejak dia menyertai kelab itu awal tahun ini.

Dalam pada itu, Sanchez baru sahaja mengumpul catatan empat jaringan dalam 30 perlawanan sepanjang bersama MU.

Ia berikutan kecederaan yang dialami menyebabkan dia seringkali ditempatkan di bangku simpanan.

Hal itu turut menyebabkan reputasinya sebagai pemain sedikit tercemar apabila kebolehannya mula dipertikai peminat.- Mirror.UK.

Alexis Sanchez , Jose Mourinho , MU

Artikel Berkaitan

Artikel Lain