suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mbappe rai ulang tahun ke-20, terima ucapan Pele, Neymar dan ramai lagi

Mbappe meraikan ulang tahun kelahiran pada Khamis. FOTO: ESPN.com

PADA usia yang begitu muda, Kylian Mbappe sudahpun mencapai pelbagai kejayaan sebagai pemain bola sepak.

Pada Khamis, dia baru sahaja meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-20.

Lebih manis, ia turut diraikan oleh sahabatnya, Neymar.

Perkara itu dikongsikan oleh Neymar menerusi satu foto yang dimuat naik.

Foto yang dimuat naik Neymar memaparkan mereka sedang memakai topeng.

"Selamat hari lahir adikku!" tulis Neymar pada ruangan kapsyen.

Selain Neymar, ramai bintang bola sepak terkenal turut memberi ucapan menerusi laman Instagram buat bintang Paris Saint-German (PSG) itu.

Ia termasuklah Dani Alves, Blaise Matuidi, Giovani Lo Celso, Marco Verratti, Lucas Hernandez dan Marquinhos

Dalam pada itu, legenda bola sepak Brazil, Pele turut memberi ucapan selamat sempena ulang tahun kelahiran pemain muda itu.

"Hanya bakat istimewa yang menyerlah dari awal. Selamat hari lahir, Kylian.

"Sekarang usia 20, saya tak sabar nak tengok kejayaan lain pada masa akan datang," ujar Pele menerusi Twitter. - DailyMail/Sport24.co.

Kylian Mbappe, Pele, Neymar, PSG

Artikel Lain