suria

Akhyar bebas selepas kontrak tamat, tak perlu bincang dengan Kedah - JDT

ISU perpindahan pemain muda, Muhammad Akhyar Rashid masih belum menampakkan tanda penyelesaian.

Ketika ini, perbincangan masih berlangung dengan juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), tetapi bekas pasukannya, Kedah mendakwa dia masih belum bebas dan mana-mana pihak yang berminat seharusnya berbincang dengan pengurusan negeri itu, bukannya terus dengan pemain.

Bagaimanapun, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards terkejut dengan kenyataan pihak Kedah dan menganggap ia satu manipulasi dengan menyebarkan maklumat tidak benar susulan pengumuman Harimau Selatan mengenai perbincangan yang diadakan dengan pemain kebangsaan itu.

"Kami ini tegaskan di sini bahawa tidak perlu lagi menghubungi Persatuan Bola Sepak Kedah kerana Akhyar sekarang bebas selepas kontraknya ditamatkan.

"Pampasan kepada Kedah jika Akhyar menandatangani kontrak dengan JDT telah ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan keputusan yang diputuskan mengikut peraturan bola sepak.

"JDT menghormati keputusan itu dan akan membuat pembayaran berkenaan apabila telah mencapai persetujuan dengan Akhyar," katanya menerusi laman media sosial JDT.

Pada 6 Disember lalu, jawatankuasa status FAM dalam kenyataannya memaklumkan pemain berusia 19 tahun itu dibenarkan menamatkan kontrak dengan Kedah dengan bayaran RM210,000.

Pasukan yang berminat mengambilnya perlu membayar pampasan kepada Kedah sebanyak RM75,000, tetapi tidak dipersetujui negeri berkenaan.-The Star




Akhyar, JDT, Kedah

Artikel Lain