suria

David Beckham jadi pemain bola sepak pertama ke angkasa lepas?

Anak-anak Beckham dikatakan menyokong penuh hasrat itu. FOTO: Hello Magazine

RANCANGAN untuk menghantar David Beckham ke angkasa lepas adalah tidak benar sama sekali, ulas wakilnya.

Sebelum ini, terbit laporan yang mendedahkan dia mahu menjadi pemain bola sepak pertama yang menjejakkan kaki ke angkasa lepas.

Beckam, 43, yang juga suami kepada Vicotria, bekas penyanyi kumpulan Spice Girls dikatakan tidak mahu melakukan perkara tersebut.

Dia sebelum pernah beberapa kali dihampiri beberapa agensi dan firma penjelajahan ke angkasa.

Menurut peracangan, mereka mahu Beckham menyertai penjelajahan itu dengan menaiki kapa angkasa untuk mengelilingi bulan.

"Ia tidak benar," ujar wakilnya dalam satu jawapan ringkas sebaik diajukan soalan oleh Mirror Online.

Dakwaan itu timbul berikutan satu laporan yang mengatakan ia sudah lama menjadi hasrat Beckham untuk melancong ke angkasa lepas.

Malah, anak-anaknya juga dikatakan menyokong penuh hasrat itu serta menyifatkan ia sesuatu yang hebat.

Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan ke angkasa lepas ialah Virgin Atlantic yang akan menghantar pelancong sejauh 360,890 kaki dari permukaan bumi.

Pemiliknya, Richard Branson juga dikatakan meluahkan hasrat agar bintang itu menyertai ekspedisinya ke angkasa lepas. - DailyMail.

Artikel Lain