suria

"Jangan kecewa, peluang masih terbuka"

KUALA LUMPUR: Jangan kecewa, peluang masih terbuka, ujar Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Datuk Hamidin Mohd Amin berkata demikian sebaik sahaja perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa malam.

“Saya berharap ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, para pemain skuad Harimau Malaya serta barisan kejurulatihan dan pegawai akan terus bersemangat untuk berjuang bagi menghadapi aksi Final 2 di Hanoi pada Sabtu ini.

“Biar meskipun kita sekadar mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi Final 1 di gelanggang sendiri ini, jangan terlalu kecewa.

“Peluang masih terbuka. Kita perlu terus fokus dan berfikiran positif kerana masih ada baki 90 minit lagi untuk kita berjuang dalam memastikan Malaysia dapat menjulang trofi kejuaraan Piala AFF Suzuki  buat kali kedua dalam sejarah,” jelasnya selepas perlawanan.

Tambah Hamidin, pihaknya juga tidak lupa buat kepada semua penyokong Harimau Malaya.

“Seluruh rakyat Malaysia yang sama-sama menonton menerusi siaran langsung di televisyen dan turut mendoakan kejayaan skuad Harimau Malaya untuk memburu kejuaraan Piala AFF ini,” tambahnya.

Pada perlawanan tersebut, skuad Malaysia berjaya mengikat Vietnam 2-2 menerusi jaringan Shahrul Saad dan Safawi Rashid.

Kali terakhir Malaysia menjulang trofi dwi tahunan ini pada tahun 2010.

Piala AFF, Harimau Malaya

Artikel Lain