Putera William akui bertuah kenal Srivaddhanaprabha - Sukan | mStar

Putera William akui bertuah kenal Srivaddhanaprabha

PUTERA William memberi penghormatan kepada pemilik kelab Leicester City yang terkorban dalam nahas helikopter Sabtu malam.

The Duke of Cambridge berusia 36 tahun itu mengakui berasa bertuah kerana mengenali Vichai Srivaddhanaprabha,60, yang terkorban ketika insiden di luar Stadium King Power itu.

Turut terkorban dalam insiden itu termasuk pembantunya Kaveporn Punpare, pembantu peribadi yang juga bekas ratu cantik Thailand, Nursara Suknamai serta kapten Eric Swaffer dan pembantu yang juga teman wanitanya Izabela Lechowicz 

Putera William yang juga presiden Persatuan Bola Sepak English (FA) bertemu Srivaddhanaprabha pada tahun 2005 berkata: "Saya bertuah kerana mengenali Vichai untuk beberapa tahun. Dia adalah seorang ahli perniagaan yang mempunyai nilai-nilai kuat terhadap keluarga dan pemurah.

"Dia banyak memberi sumbangan besar kepada bola sepak, bukan sahaja magis Leicester City menjuarai musim 2016 yang turut 'merakam imaginasi di seluruh dunia'."

Helikopter yang membawa Srivaddhanaprabha terhempas sebaik sahaja beliau meninggalkan stadium selepas menyaksikan Leicester seri 1-1 ke atas West Ham.

Insiden berlaku di luar stadium.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain