suria

Pemilik Leicester City dalam helikopter ketika nahas, kata saudara

Vichai Srivaddhnaprabha. Foto Reuters

PEMILIK Leicester City FC dikhuatiri maut selepas helikopter miliknya meletup di udara dan terhempas di tempat letak kereta di luar perkarangan Stadium King Power, Ahad.

Vichai Srivaddhanaprabha dipercayai berada di dalam helikopter tersebut yang berlepas dari padang stadium sebelum ia dilaporkan tiba-tiba hilang kawalan.

Menurut sumber terdekat kepada keluarga beliau memberitahu BBC bahawa Srivaddhnaprabha menaiki helikopter berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas helikopter, pemilik Leicester City dikhuatiri maut

Video dimuat naik di media sosial menunjukkan pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian yang menyaksikan helikopter terbakar.

Tidak dipastikan siapakah yang turut bersama jutawan itu yang merupakan pengerusi kelab sejak 2010, ketika kejadian.

Naib Pengerusi Leicester dan anak Srivaddhanaprabha, Aiyawatt Srivaddhanaprabha tidak kelihatan semasa perlawanan itu, dan dikatakan tidak terlibat dalam nahas. - Mirror Online


Artikel Lain