suria

Bekas pengurus Liverpool dedah rahsia menjelang final

Rafa Benitez. Foto Reuters

RAFA Benitez merupakan tulang belakang yang mengembalikan kemenangan semula Liverpool pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2005, namun beliau mendedahkan rahsia di sebalik hari bersejarah itu.

Katanya, dia diberitahu bahawa rakan-rakannya tidak dibenarkan masuk ke parti selepas perlawanan.

"Dia beritahu saya 'Anda tidak boleh masuk, ia adalah parti tertutup' kata Benitez.

"Seorang rakan saya ke depan dan berkata, "Awak tahu siapa dia ni?. Pengawal keselamatan itu hanya mengangkat bahu. Dia bertanya lagi 'Awak tahu ke siapa dia ni? Dia yang agung, dia yang agung'," tambahnya.

Dalam pada itu, Benitez menyampaikan mesej kepada pengurus Reds, Jurgen Klopp menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang satu lagi kelab lamanya, Real Madrid pada Sabtu ini.

Benitez berkata, menangilah dan hidupmu akan berubah selamanya.

"Orang kata 'Oh, anda seorang pengurus yang bagus, tetapi anda harus menang untuk menjadi pengurus yang hebat," kata Benitez.

"Dan kami buktikannya. Kami melakukannya di Sepanyol dengan Valencia, Piala UEFA yang sangat besar, tetapi kemudian di England, dengan Liga Juara-Juara, semuanya berubah. 

"Jadi Klopp adalah idola sekarang, tetapi dia akan lebih lagi jika dia menang. Ia akan mengubah hidupnya di Liverpool," katanya. - Mail Online UK

Rafa Benitez, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain