suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fajer perlu bertanggungjawab atas prestasi The Red Warriors

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Fajer Ibrahim harus bertanggungjawab ke atas prestasi tidak menentu The Red Warriors sehingga menyebabkan pasukan itu berada dalam kelompok penyingkiran saingan Liga Super.

Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan (PBPBK) Anuar Rajib berkata jurulatih kelahiran Syria itu harus memikul tanggungjawab selepas menggugurkan beberapa pemain senior dan import  ketika mula-mula mengambil alih pasukan itu Mac lepas.

"Fajer tidak boleh lari daripada kenyataan kerana tindakan pemutihan pasukan (yang dilakukan beliau) dengan mengetepikan 20 pemain pada pertengahan musim ini menjerat dirinya sendiri sebagai jurulatih antarabangsa," katanya dihubungi, Rabu.

Fajer sebelum ini menggugurkan beberapa nama besar The Red Warriors iaitu ketua pasukan Mohd Badri Mohd Radzi, Noor Farhan Muhammad, Khairul Fatmi Che Mat dan dan Bruno Lopez.  Kelantan, bekas juara treble pada 2012, kini menggunakan sepenuhnya khidmat pemain muda serta dua pemain import.

Selepas enam perlawanan di bawah kendalian jurulatih itu, Kelantan hanya mencatat satu kemenangan, satu seri dan empat kekalahan.

Anuar berkata Fajer perlu mencari jalan untuk memenangi perlawanan akan datang bagi mengelak terhakisnya kepercayaan yang diberikan oleh penyokong dan penaja.

“Beliau telah melakukan rombakan besar-besaran dan ketika ada masalah seperti ini  beliau tidak boleh lari daripada masalah yang dia sendiri cipta.

“Fajer perlu bertanggungjawab sehingga ke akhir musim atas apa yang berlaku terhadap Kelantan ketika ini,” katanya.-- Bernama      

Fajer, Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Lain