suria

Manchester United intai Fabian Ruiz?

PEMAIN tengah Real Betis, Fabian Ruiz semakin hampir menyertai Manchester United dalam perjanjian bernilai £26.3 juta (RM139.89 juta), menurut satu laporan berita.

The Red Devils dikatakan berada dalam 'pertempuran' langsung dengan Barcelona untuk merebut pemain berusia 22 tahun itu yang telah menyumbangkan sembilan gol pada La Liga musim ini.

Memetik laporan Don Balon, kemungkinan United telah memenangi perebutan itu kerana kontrak hampir dipersetujui oleh tiga pihak.

Sebelum ini, media melaporkan Barcelona begitu komited untuk mengikat Ruiz memandangkan tingkap perpindahan semakin hampir tamat.

Barcelona tercari-cari pemain muda yang berbakat selepas Andres Iniesta meninggalkan kelab itu pada musim panas.

Sementara itu, United dijangka kehilangan Marouane Fellaini pada musim panas ini, manakala Michael Carrick pula telah bersara dan Paul Pogba baru-baru ini meragui tentang masa depannya bersama kelab itu. - Sports Mole UK

Fabian Ruiz

Artikel Lain