suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

David Moyes Gagal Di Manchester United Kerana Dua Pemain

DAVID Moyes mendedahkan dua pemain yang patut dibeli Manchester United selepas melantikanya sebagai pengurus kelab berkenaan.

Moyes meninggalkan Everton untuk menggantikan Alex Ferguson yang bersara selepas 26 tahun berkhidmat menerusi kontrak selama selama enam tahun.

Bagaimanapun, selepas 10 bulan, Moyes dipecat ketika Liga Perdana Inggeris masih berbaki empat perlawanan akibat menghuni tangga ketujuh.

Namun ketika United mula garang hasil bimbingan Jose Mourinho, Moyes tampil meluahkan kekecewaan selepas gagal mendapatkan dua pemain penting.

Jelasnya, selepas dilantik sebagai pengganti Ferguson, United sepatutnya mendapatkan Khidmat Cesc Fabregas dan Gareth Bale sebagai keperluan utamanya.

Malangnya, perpindahan itu tidak berlaku dan dia perlu meneruskan dengan pemain yang ditinggalkan Ferguson dan telah berjaya menjulang piala liga.

"Mereka berdua ada sasaran penting ketika itu, tetapi dengan alasan tertentu saya tidak dapat mereka.

"Jika mendapat khidmat mereka, ia dapat membentuk semula pasukan mengikut kehendak saya.

"Saya tidak fikir mana-mana pengurus dapat melakukan lebih baik dengan pantas daripada masa yang diberikan kepada saya," katanya kepada Daily Mirror.

Manchester United, David MOyes

Artikel Sebelum

Mourinho Berjaya Tiru Conte

Artikel Berikut

Artikel Lain