suria

Lagi Trofi Ballon d'Or Untuk Ronaldo?

Foto yang dikeluarkan oleh L'Equipe pada 12 Disember 2016 menunjukkan Cristiano Ronaldo bergambar dengan trofi Ballon d'Or di stadium Santiago Bernabeu di Madrid. Cristiano Ronaldo telah dinamakan sebagai pemenang Ballon d'Or 2016, kemenangan kali keempat buat dirinya.

CRISTIANO Ronaldo, Eden Hazard, Kylian Mbappe, Harry Kane, Neymar, Lionel Messi, Kevin De Bruyne dan Philippe Coutinho merupakan antara 30 nama bintang yang disenarai pendek anugerah pemain bola sepak terbaik Ballon d'Or 2017.

Penganjur Ballon d'Or mengeluarkan 25 nama pertama yang dimasukkan dalam senarai pendek.

Neymar disertai oleh bintang Liga Perdana Inggeris, Kane, De Bruyne, Coutinho, Sadio Mane, N'Golo Kante dan David De Gea.

Kane dari Tottenham mendapat pengiktirafan untuk musim 2016-17 di mana beliau memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Ingeris berturut-turut.

Bagaimanapun, Ronaldo tetap menjadi pilihan utama untuk mempertahankan gelarannya pada tahun lalu.

Jika Ronaldo menang lagi tahun ini, bermakna beliau merangkul gelaran itu buat kali kelima. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain