suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man City Sedia Tawar Messi RM1.9b

Lionel Messi. Foto Reuters

MANCHESTER City bersedia memanfaatkan kedudukan kontrak Lionel Messi di Barcelona dengan membuat tawaran £358 juta (RM1.9 bilion) pada Januari, menurut laporan di Sepanyol.

Terdahulu, Barcelona pada musim panas mengumumkan bahawa Messi telah menandatangani kontrak baharu di Nou Camp, melanjutkan tempohnya hingga 2021.

Bagaimanapun, terdapat laporan menyebut kesepakatan itu masih diragui meskipun Barcelona telah membuat pengumuman. 

Seperti yang dinyatakan, tawaran Barcelona kepada Messi adalah sehingga habis musim panas dan ini bermakna mana-mana kelab bebas untuk berunding dengan pemain itu seawal Januari.

Menurut akhbar yang berpangkalan di Madrid, Manchester City sedia dengan tawaran £358 juta untuk Messi pada jendela perpindahan seterusnya.

Sumber terdekat kelab itu dilaporkan mengadakan 'perbualan yang serius bersama pihak terdekat dengan pemain itu' berhubung rancangan untuk membawa Messi ke Manchester City, sekali gus mempertemukan semula dengan bekas pengurusnya, Pep Guardiola. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain