suria

Lesen Kelab: Nasib Kedah, Kelantan, Sarawak Bakal Terjawab

PETALING JAYA: Teka- teki mengenai rayuan kelulusan lesen berstatus kelab akhirnya terjawab.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan keputusan akan diketahui dalam tempoh lebih kurang tiga minggu.

"Selepas terima semua permohonan rayuan, kami akan bermesyuarat.

"Hujung bulan ini atau paling lambat awal bulan depan (November) keputusan akan diketahui," ujarnya ringkas kepada mStar Online.

mStar Online sebelum ini melaporkan Kedah FA, Melaka United dan Felda United telah membuat rayuan untuk mendapatkan status kelab untuk membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2018.

Felda United Yakin Dapat Lesen Kelab

Lesen Kelab: Kedah, Melaka Buat Rayuan

Lesen Kelab: Kafa Optimis Penuhi Kriteria Ditetapkan

Keputusan terima atau tolak rayuan akan dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Badan Rayuan (selepas Mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM (pengerusi, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif).

Lima daripada tujuh pasukan yang gagal mendapat kelulusan dan perlu menghantar rayuan sebelum 19 Oktober ini ialah Kedah, Kelantan, Felda United, Melaka dan Sarawak.

Manakala tujuh pasukan yang telah mendapat kelulusan lesen tanpa sebarang masalah adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Pahang FA, Perak FA, PKNS FC, Penang FA, Selangor FA dan T-Team FC.

Bermula 2018, kesemua pasukan Liga Super perlu mendapatkan lesen kelab FAM untuk membolehkan mereka terus beraksi.

Setiap pasukan yang memohon lesen kelab perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017.


Datuk Hamidin Mohd Amin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain