suria

Gatlin Diejek, Bolt Dirai Bagai Wira

TIADA sorakan ketika acara larian 100 meter lelaki berakhir di Kejohanan Dunia di Stadium London pada Sabtu malam.

Hari yang sepatutnya menjadi malam gemilang bertukar menjadi detik memalukan.

Bukan sahaja Usain Bolt, hero sukan lumba lari, dinafikan kemenangan dalam aksi terakhirnya tetapi acara itu dimenangi oleh pelari Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dalam kes penggunaan dadah, Justin Gatlin.

Ribuan peminat yang memenuhi stadium mengharapkan gaya ikonik Bolt meraikan kemenangan dipamerkan buat kali terakhir, tetapi harapan itu berkecai apabila Gatlin tiba di garisan penamat lebih awal.

Lebih menyedihkan lagi, Bolt menamatkan saingan terakhirnya itu ditempat ketiga selepas pelari muda AS, Christian Coleman mendapat pingat perak.

Detik memalukan bermula apabila penonto mula mengejek kemenangan Gatlin, sebaliknya mereka meraikan Bolt seolah-olah pelari pecut Jamaica itu memenangi acara terbabit.

Namun Gatlin cuba mengambil kesempatan dengan melutut di hadapan Bolt sebagai tanda penghormatan kepada pemegang rekod dunia acara 100 meter itu dengan catatan masa  9.58 saat.

Tetapi ia belum cukup meredakan kekecewaan penonton yang terus mengejek dan Bolt lebih menarik perhatian wartawan untuk diwawancara di tepi trek lumba.

Gatlin menamatkan saingan dengan catatan masa 9.92 saat disusuli Coleman (9.94) dan Bolt (9.95).

Ia merupakan acara terakhir yang disertai Bolt selepas mengumumkan untuk bersara daripada sukan tersebut. - Mail Online

Usain Bolt

Artikel Sebelum

Mereka Paling Boros!

Artikel Berikut

Artikel Lain