suria

Marahlah Saya - Klopp

KIRA-KIRA seminggu sebelum musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sudah merancang strategi baharu untuk anak buahnya.

Klopp mendedahkan bahawa dia mahu pemain The Reds berasa marah kepadanya demi mewujudkan mentaliti yang kuat untuk mencapai kemenangan.

Dengan hanya dua kemasukan muka baharu iaitu Mohamed Salah dan Dominic Solanke, Klopp tampak yakin dengan kemampuan yang sedia ada dalam skuadnya walaupun bintang utamanya, Phillipe Coutinho dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Mengulas tentang masa depan Coutinho, Klopp berkata, ramai orang fikir bahawa pemain kelahiran Brazil itu akan meninggalkan Liverpool tetapi tanggapan sedemikian adalah salah.

Jelasnya beberapa pemain akan digugurkan daripada kesebelasan utama demi memastikan perancangannya berhasil walaupun ada pemain yan akan marah dengan keputusan tersebut.

"Jika kita kekal bersama, mungkin sukar untuk membuat keputusan kerana hanya 11 pemain akan memulakan perlawanan.

"Jika mereka mahu marah kepada saya, tiada masalah kerana tiga hari kemudian, terdapat satu lagi perlawanan," katanya. - Mirror.uk



Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Neymar Tidak Boleh Main?

Artikel Lain