Neymar Tinggalkan Pusat Latihan Barcelona - Sukan | mStar

Neymar Tinggalkan Pusat Latihan Barcelona

NEYMAR semakin hampir berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG).

Penyerang Barcelona itu dilihat tiba di pusat latihan kelab, namun meninggalkan lokasi itu selepas 43 minit, dengan kebenaran pengurus Ernesto Valverda.

Kelab Catalan mengesahkan pada Rabu bahawa penyerang Brazil itu akan berpindah ke PSG, lapor RAC 1.

Neymar telah menandatangani kontrak baharu bersama Barcelona pada Oktober lalu sehingga 2021.

Bagaimana pun dilaporkan Barca enggan membayar 22.4 juta pound bonus tertunggak kepada Neymar jika dia berada di kelab melebihi 1 Ogos, sehingga proses pemindahan selesai.

Sekiranya segala selesai, Neymar bakal mencatat rekod perpindahan tertinggi dunia dengan nilai 198 juta pound.

Neymar , Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Paulinho Hampiri Barcelona!

Neymar Masih Tak 'Selamat'

Artikel Lain