'Arkitek' Kedah Belum Pulih - Sukan | mStar

'Arkitek' Kedah Belum Pulih

KEDAH masih tidak dapat menggunakan khidmat 'arkitek' skuad itu kerana belum pulih daripada kecederaan ketika bertandang ke Ipoh bagi menentang pasukan Perbadanan Kemajuan Negari Perak (PKNP) pada Jumaat.

Skuad hijau kuning yang membawa kelebihan enam gol berbalas satu dalam suku akhir Piala FA bagaimanapun bakal menerima semula sentuhan penyerang importnya.

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, Liridon Krasniqi yang direhatkan pada perlawanan sebelum ini akibat kecederaan tidak dapat diturunkan lagi minggu ini.

Namun, Ken Ilso Larsen (gambar) yang digantung perlawanan akan kembali membantu misi ke perlawanan separuh akhir.

Jelas beliau, Liridon yang cedera ketika sesi latihan memerlukan rehat lebih lama bagi meastikan kesakitan itu tidak berulang.

"Saya tidak ada masalah untuk menamakan Ilso Larsen kerana dia telah menjalani hukuman digantung satu perlawanan

"Saya harap pemain akan bangkit daripada kekalahan dalam Liga Super dan membawa kedah ke saingan separuh akhir. mereka juga pastinya ingin mengakhiri pengalaman pahit itu dan membawa semangat baru.

"Saya sedar bukan mudah untuk memastikan moral dan mental pulih selepas kekalahan lalu namun kita tidak ada masa lagi untuk terus 'tidur' dan perlu bangkit dan menjadi lebih baik," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe memberiahu, Liridon akan kembali menguatkan kesebelasan utama Kedah dalam perlawanan Liga Super seterusnya selepas ini.

Ini kerana jelasnya, barisan kejurulatihan ingin pemain berkenaan benar-benar pulih dan aksinya tidak terjejas dalam permainan.

"Kita tidak boleh memperjudikan kecergasan pemain kerana ia akan bawa padah. Lebih baik dia kembali selepas cergas sepenuhnya," ujarnya.

Kelincahan Liridon Krasniqi menjadi kebimbangan pertahanan lawan.

Kedah , Tan Cheng Hoe , Piala FA , Liga Super

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Azraai Khor Sedia Bantu Kedah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain