Nicol Layak Ke Final Siri Dunia PSA Dubai - Sukan | mStar

Nicol Layak Ke Final Siri Dunia PSA Dubai

KUALA LUMPUR: Ratu Skuasy Malaysia, Datuk Nicol David layak ke final kejuaran skuasy Siri Dunia PSA Dubai 2016/17 yang akan berlangsung di Opera Dubai, Emiriah Arab Bersatu, Jun ini selepas muncul sebagai lapan pemain teratas dalam kedudukan Road to Dubai.

Pemain berusia 33 tahun dari Pulau Pinang itu berada pada kedudukan keenam selepas memungut 155 mata untuk layak ke acara itu yang akan berlangsung dari 6 hingga 10 Jun ini, menurut laman sesawang Persatuan Skuasy Profesional (PSA), www.psaworldtour.com.

Pemain wanita lain yang bakal beraksi di kejohanan yang menawarkan hadiah US$160,000 (RM705,747) itu adalah pemanin nombor satu dunia, Camille Serme dari Perancis; pasangan pemain England, Laura Massaro dan Sarah-Jane Perry; pemain Amerika Syarikat, Amanda Sobhy; selain tiga pemain Mesir, Juara Dunia semasa Nour El Sherbini, pemain nombor empat dunia, Raneem El Welily dan juga pemain nombor lima dunia, Nouran Gohar.

Dalam bahagian lelaki, Juara Dunia dari Mesir Karim Abdel Gawad yang bakal dimahkotakan sebagai pemain nombor satu dunia yang baharu pada 1 Mei ini berikutan kecemerlangannya pada musim ini, akan dicabar tujuh peserta lain.

Mereka adalah Juara Bertahan Final Siri Dunia, Gregory Gaultier dari Perancis; adik beradik El Shorbagy - Marwan dan Mohamed serta Ramy Ashour (ketiga-tiganya dari Mesir); pasangan England, Nick Matthew dan James Willstrop serta pemain Jerman, Simon Rosner.

Lapan pemain teratas dalam kategori lelaki dan wanita layak ke kejuaraan Final Siri Dunia PSA selepas berakhirnya Skuasy Terbuka Antarabangsa El Gouna yang berlangsung di Mesir, minggu lepas. - BERNAMA

Nicol David

Artikel Sebelum

Azraai Khor Sedia Bantu Kedah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain