Azizulhasni Atlet Pertama Cuba Trek Velodrom Di Nilai Minggu Depan - KJ - Sukan | mStar

Azizulhasni Atlet Pertama Cuba Trek Velodrom Di Nilai Minggu Depan - KJ

PETALING JAYA: Jaguh trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang diberi penghargaan mencuba Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX di Nilai, Negeri Sembilan pada minggu depan sebelum venue itu digunakan untuk temasya Sukan SEA Kuala Lumpur dan Para Asean.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pemilihan itu sekali gus menjadikan Azizulhasni sebagai atlet berbasikal pertama yang akan mencuba trek berkenaan sebelum majlis penyerahan velodrom itu akhir bulan ini.

"Azizulhasni akan balik ke Malaysia malam ini dan saya sudah minta beliau mencuba trek itu minggu depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program KL2017@Sekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) , di sini, Ahad.

Velodrom Nasional Nilai yang mula dibina pada Januari 2015 dengan kos RM80 juta dikendalikan Jabatan Kerja Raya.

Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' baru-baru ini muncul juara dunia bagi acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong.

Terdahulu pada majlis itu, Khairy membuat kejutan dengan memakai maskot 'Rimau' Sukan SEA sebelum merasmikan program hari sukan sekolah itu.

Khairy berkata gimik itu merupakan satu daripada inisiatif untuk merancakkan semangat kesukanan golongan remaja khususnya dalam menghadapi Sukan SEA yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos dan Sukan Para Asean pada 17 hingga 23 September.

"Momentum sambutan untuk temasya ini, kita perlu bina sedikit demi sedikit agar menjadi klimaks pada Ogos ini. Saya terfikir idea itu (gimik) untuk acara tertentu yang mana saya sendiri menjadi Rimau dan sekurang-kurangnya saya faham pengorbanan yang perlu dilalui oleh mereka yang menjadi maskot Rimau," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (Masoc) sudah mencapai 80 peratus daripada sasaran penajaan RM30 juta dalam bentuk wang tunai.

"Semua penajaan berjalan lancar, cuma kami kekurangan sedikit wang tunai. Dalam masa terdekat saya perlu mendapatkan satu atau dua lagi penajaan besar, saya berharap kami berjaya mendapatkannya. Secara keseluruhan jumlah tajaan wang tunai dan perkhidmatan serta barangan sudah mencapai 90 peratus," katanya.-- Bernama 

Azizulhasni , KJ , veledrom

Artikel Sebelum

JDT Kritik Program NFDP

Artikel Berikut

Messi Sumbat Dua Gol Saingan La Liga

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain