suria

Man City Tundukkan Tuan Rumah Southampton 3-0

Aksi Vincent Kompany ketika menjaringkan gol pertama buat Manchester City. Foto Reuters

MANCHESTER City berjaya meraih kemenangan 3-0 di kubu Southampton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Kemenangan Manchester City di Stadium St Mary hasil jaringan Vincent Kompany (menit ke-55), Leroy Sane (78'), dan disempurnakan oleh Sergio Aguero (80').

Walaupun menewaskan tuan rumah, banyak serangan yang dilancarkan Manchester City tersasar pada babak pertama.

Hanya pada permainan separuh masa kedua, Manchester City menunjukkan taring dengan mendapatkan gol pertama pada minit ke-55 menerusi tandukan Kompany hasil umpan pemain David Silva.

Kompany hampir menggandakan mata buat pasukan pada minit ke-60 tetapi gagal.

Kemenangan membawa Manchester City naik satu tangga ke posisi tiga teratas Liga Perdana Inggeris, dengan 64 mata.

Ia mendahului Livepool yang memperoleh 63 mata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain