suria

Messi Sumbat Dua Gol Saingan La Liga

BARCELONA: Dua ledakan Lionel Messi membantu Barcelona melengkapkan kemenangan 3-2 ke atas Real Sociedad dalam saingan La Liga, awal pagi Ahad untuk memberi tekanan kepada pendahulu liga, Real Madrid.

Penyerang Barcelona itu meletakkan Barcelona di depan dengan ledakan rendah untuk gol pertama pada minit ke-17, manakala gol kedua dijaringkan dengan sentuhan menarik pada minit ke-37.

Namun Sociedad berjaya merapatkan jurang apabila Inigo Martinez melakukan rembatan yang terkena Samuel Umtiti dan bola melantun masuk ke gawang Barca pada minit ke-42.

Ketika perlawanan babak pertama berbaki seminit, Paco Alcacer meletakkan Catalan di depan namun Xabi Prieto sekali lagi berjaya mengurangkan defisit apabila menjaringkan gol kedua pelawat pada masa kecederaan untuk menjadikan kedudukan 3-2 sebelum rehat.

Aksi di separuh masa kedua kekal tanpa jaringan walaupun Sociedad dilihat banyak memberi tekanan kepada tuan rumah untuk mencari gol penyamaan. - Reuters

Messi, La Liga

Artikel Lain