suria

Insiden Gigit: Ciellini - Suarez Kembali Berbaik

GIORGIO Ciellini dan Luis Suarez akhirnya berbaik selepas insiden gigit pada perlawanan Piala Dunia 2014 ketika aksi Uruguay dan Itali berlangsung.

Suarez mencuri tumpuan apabila mengigit bahu kiri Ciellini ketika perlawanan peringkat kumpulan di Brazil sekaligus dikenakan hukuman gantung lapan perlawanan.

Namun selepas tiga tahun, mereka berdua bertemu ketika aksi Liga Juara-Juara, Barcelona tewas 3-0 kepada Juventus.


Pun begitu, Ciellina tidak menyimpan dendam kepada Suarez dan turut memeluk pemain Barcelona itu ketika perlawanan.

Sebagai rekod, aksi gigit Suarez di Brazil bukanlah yang pertama buat bekas pemain Liverpool ini.

Ketika mewakili Ajax dalam aksi Liga Belanda pada 2010, Suarez dikenakan tindakan digantung tujuh perlawanan selepas menggigit pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal.

Selepas menyertai Liverpool, dia kemudian menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic 2013.

Luiz Suarez, gigit

Artikel Lain