suria

KFA Kenal Pasti Jurulatih Baharu Ganti Cheng Hoe

Cheng Hoe (kiri) ketika bertemu Ahmad Bashah pada Selasa. Foto: Bernama

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telahmengenal pasti beberapa nama yang bakal menggantikan ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang telah melepaskan jawatannya itu.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata mereka terdiri daripada kalangan jurulatih bola sepak tempatan dan luar negara.

"Setakat ini ada dua tiga nama yang kami tengah bincang iaitu terdiri dari warga tempatan dan luar negara untuk menggantikan Cheng Hoe, namun nama mereka tidak perlu kita sebut lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darulaman di sini, Rabu.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar berkata setakat ini rundingan bersama mereka sedang berlangsung dan jika sudah diputuskan ia akan diumumkan nanti.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata buat masa ini KFA belum membuat keputusan untuk melepaskan Cheng Hoe.

Pada masa sama, Ahmad Bashah mahu pelantikan jurulatih baharu diputuskan segera sebelum Cheng Hoe mula bertugas sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan.

"Kita memang tidak menegah dia nak pergi kerana mungkin ada tawaran yang lebih baik dari segi masa depan dia, ...tapi yang penting kita kena tengok juga pemain ataupun pasukan Kedah selepas itu," ujar beliau.

Dalam pada itu Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata isu ini dijangka selesai pertengahan Mei ini.

"Tak mungkin perkara ini akan berlanjutan hingga akhir musim sebab presiden pun faham keperluan di peringkat kebangsaan," katanya. -Bernama

Tan Cheng Hoe, KFA

Artikel Sebelum

JDT Terajui Liga Super

Artikel Berikut

Artikel Lain