suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Terus Kukuh Di Puncak La Liga

Sebahagian daripada pemain Real Madrid meraikan kemenangan ke atas Alaves. -fotoAP

REAL Madrid semakin kukuh menguasai takhta La Liga selepas menang 3-0 ke atas Alaves dalam pertandingan di Stadium Santiago Bernabeu, malam Ahad.

Dalam perlawanan ini, Madrid menang 3-0 menerusi gol Karim Benzema (31'), Isco (85') dan Nacho Fernandez (88').

Kemenangan ini membuatkan Madrid kini mengumpul 68 mata daripada 28 pertandingan, berjarak lima mata dari pesaing utamanya, Barcelona di posisi kedua.

Sementara itu, Alaves berada di posisi ke-10 dengan 40 mata dari 29 perlawanan.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung awal pagi Isnin, Barca terus cuba mengekori Madrid dengan turut meraih mata penuh setelah menundukkan Granada 4-1.

Barca kini mengumpul 66 mata daripada 29 perlawanan, dengan satu lebih satu perlawanan berbanding musuh ketatnya, Real, 28 perlawanan.

Real Madrid, carta La Liga

Artikel Sebelum

Artikel Lain