suria

Hiddink Enggan Ganti Ranieri

Guus Hiddink.

BEKAS pengendali Chelsea dan Belanda, Guus Hiddink mendedahkan dia menolak tawaran untuk mengurus Leicester City susulan pemecatan Claudio Ranieri.

Ranieri dipecat pada Februari lalu, sembilan bulan selepas memacu Leicester City menjulang trofi Liga Perdana Inggeris.

Kedudukannya kini diisi pembantu Craig Shakespeare yang berjaya memulihkan nasib Leicester dengan memenangi empat perlawanan dibawah kendaliannya termasuk kejayaan ke 2-0 ke atas Stoke City pada Sabtu.

Namun Hiddink mendakwa keputusan pelantikan Shakespeare dibuat atas nasihatnya selepas dia menolak tawaran mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Ranieri.

"Sejujurnya saya tidak bercakap secara terus dengan Leicester. Namun anda tahu macam mana ia berlaku. 'Mereka fikir tentang anda...'.

"Mereka tidak tanya secara terus tetapi saya secara tidak langsung katakan tidak. Jika anda berniat untuk memecat Ranieri, mengapa anda tidak pergi kepada pembantunya?

"Shakespeare tahu tentang kelab ini, dia mengenal setiap pemain. Mengapa anda tidak pergi kepadanya, anda akan nampak apa yang bakal berlaku," kata Hiddink.

Beliau berkata dia amat gembira kerana telah membuat keputusan yang tepat.

Guus Hiddink, Leicester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain