Piala Malaysia: Lebih 1,000 Penyokong Bersesak Beli Tiket - Sukan | mStar

Piala Malaysia: Lebih 1,000 Penyokong Bersesak Beli Tiket

ALOR SETAR: Lebih 1,000 penyokong Lang Merah sanggup bersesak di empat kaunter penjualan tiket di Stadium Darul Aman bagi mendapatkan tiket final Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Ahad ini.   

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata penyokong Kedah yang sanggup bermalam dan beratur hingga kaunter dibuka pukul 10 pagi Rabu berjaya mendapatkan tiket.

Tiket dijual pada harga RM50 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan hanya terhad kepada tiga tiket seorang.   

Ahmad Sharifuddin Hassan, 38, dari Yan berkata dia bersama anaknya Muhammad Afif Fahmi, 12, telah berkhemah di hadapan stadium sejak pukul 10 malam tadi untuk memastikan dapat membeli tiket lebih awal.   

"Kami tidur di dalam khemah kerana hujan renyai semalam tetapi itu tidak menjadi penghalang kerana kami berjaya mendapatkan lima tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir.

"Saya yakin Kedah akan menang 2-1 dan berharap kami dapat membalas dendam selepas tewas kepada Selangor pada tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.   

Muhamad Nasir Ibrahim, 52, yang datang beratur mulai pukul 6 pagi, kecewa kali ini kerana gagal mendapatkan tiket.   

"Setiap kali Kedah berjaya ke final saya akan pergi ke stadium seperti tahun lepas tapi tahun ini saya sangat kecewa. Perasaan menonton di televisyen tidak sama dengan secara langsung," katanya.   

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar berkata sebanyak 9,000 tiket habis dijual dalam tempoh sejam.   

"Satu kaunter tiket khas untuk penyokong wanita telah dibuka bagi memudahkan pembelian tiket dan keadaan terkawal dengan bantuan polis," katanya.  -Bernama

Alor Setar , Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain