Mohd Azraai Khor Sedia Bimbing Selangor - Sukan | mStar

Mohd Azraai Khor Sedia Bimbing Selangor

Mohd Azraai Khor Abdullah.

PETALING JAYA: Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah bersedia mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Zainal Abidin Hassan sekiranya Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Namun bekas pengendali Kedah, Kelantan dan Sabah itu mengakui masih belum menerima sebarang tawaran daripada pasukan Red Giants tersebut buat masa ini.

"Sudah tentu saya akan pertimbangkan, mengapa tidak, kita boleh berbincang. Lagipun saya sudah berehat terlalu lama hampir lapan bulan.

"Kadang-kala bila tengok perlawanan di televisyen, saya beritahu orang rumah saya macam nak masuk padang semula. Rasa rindu itu datang secara tiba-tiba," katanya dalam nada berseloroh ketika dihubungi mStar Online.

Begitupun, Mohd Azraai Khor menjelaskan sebelum menerima sesuatu tawaran beliau mahu duduk semeja dengan pihak pengurusan terlebih dahulu untuk berbincang mengenai terma dan syarat kontrak.

"Saya lebih suka perkara berkaitan terma dan syarat kontrak diselesaikan dahulu sebelum terima mana-mana tawaran.

"Itu lebih elok selain tengok matlamat pengurusan. Saya banyak belajar daripada kesilapan lalu. Ia perlu diteliti untuk elak 'mimpi ngeri' berulang lagi," katanya.

Terdahulu, Mohd Azraai Khor meletak jawatan sebagai pengendali Sabah kurang sebulan selepas dilantik ketua jurulatih skuad Sang Badak itu pada November 2015.

Ditanya sama ada beliau fobia dengan trend pemecatan jurulatih apabila gagal memenuhi matlamat pihak pengurusan, jurulatih berusia 63 tahun tersebut berkata beliau tidak pernah serik dan takut.

"Tidak ( fobia). Bagi saya kita kena terima dan buat sesuatu tugasan dengan baik, jujur dan ikhlas.

"Berdasarkan pengalaman saya jika ada masalah yang membabitkan pihak pengurusan, saya ambil pendekatan untuk letak jawatan dan keluar dengan sendiri. Itu lebih gentleman," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata setiap jurulatih tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya terhadap prestasi hambar pasukan yang dikendalikan.

"Kadang-kala masalah timbul apabila wujudnya campur tangan pihak pengurusan dalam pasukan. Oleh itu saya lebih suka diberi kuasa menguruskan pasukan secara bebas," katanya.

Mohd Azraai Khor berkata beliau pernah dirisik beberapa kelab sebelum pintu perpindahan pemain dibuka semula Jun lalu tetapi tawaran itu terpaksa ditolak selepas meneliti latar belakang pasukan tersebut.

"Saya tengok sejarah pasukan-pasukan itu ada masalah pengurusan, jadi saya tolak... saya kata mahu berehat. Bila ada masalah itu (pengurusan) tiada banyak yang boleh anda lakukan nanti," katanya.

Sekiranya tidak menerima sebarang tawaran dalam masa terdekat, Mohd Azraai Khor berkata beliau akan menyambung kursus kejurulatihan di Brazil yang belum dilengkapkan sepenuhnya pada bulan depan.

"Dulu Kelantan panggil balik, saya tidak dapat habiskan kursus, baharu separuh jalan. Kalau tak ada apa-apa halangan saya nak habiskan (kursus) pada September ini," katanya.

Mengulas mengenai kursus itu, Mohd Azraai Khor berkata ia satu pengalaman yang bermakna buat dirinya kerana beliau berpeluang menimba pelbagai ilmu berkaitan bola sepak.

"Saya pergi ke Santos, Palmeiras (Sociedade Esportiva Palmeiras) dan San Paulo FC tengok bagaimana cara mereka urus pasukan, corak latihan, taktikal dan juga fisioterapi.

"Saya juga berkesempatan bertemu presiden kelab dan jurulatih, kami berbual dan bertukar pendapat. Ia satu pengalaman yang amat bermakna," katanya.


Mohd Azraai Khor Abdullah , Selangor

Artikel Sebelum

Piala Malaysia: Tan Cheng Hoe Lega

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain