suria

Jurulatih Dedah Rahsia Kekuatan UAE Belasah Malaysia 10-0

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mahdi Ali mendedahkan peningkatan pasukannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah hasil daripada program pembangunan akar umbi bagi jangka panjang.

Menurut Mahdi,50, program pembangunan bola sepak di itu bermula sejak 2004.

"Saya turut terlibat dalam perancangan skuad UAE dan pemain-pemain yang ada sekarang telah bersama saya lebih kurang 10 tahun.

"Saya yakin bola sepak memerlukan persediaan yang baik untuk masa depan sesebuah pasukan.

"UAE telah melaksanakannya dengan berkesan," jelasnya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus-pengurus pasukan di Wisma FAM pada Isnin.

Sementara itu, Mahdi mengakui perlawanan bertemu skuad Harimau Malaya bagi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam pada Selasa, amat penting bagi mereka.

Walaupun telah menjadi 'punca' kepada rekod kekalahan terburuk skuad Malaysia pada September lalu dengan kemenangan 10-0 di laman sendiri, bekas pemain kebangsaan UAE ini tetap berwaspada dengan perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A ini.

"Apa sahaja boleh berlaku. Inilah bola sepak. Saya tidak lihat kemenangan 10-0 ke atas Malaysia sebelum ini kerana ia sudah lepas.

"Kemenangan esok amat penting untuk memastikan kami layak ke pusingan kedua kelayakan.

"Peluang Malaysia untuk ke pusingan seterusnya amat tipis dan saya harap kami mampu memberikan perlawanan yang baik," jelas Mahdi,50.

UAE kini berada di ranking ke-67 dunia layak ke Sukan Olimpik  buat kali pertama pada tahun 2012 dibawah bimbingan Mahdi.


UAE, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain