suria

Jelajah ATP Akhir Dunia: Federer, Djokovic Menang Aksi Pertama

Walaupun melepasi pusingan pertama, Federer sudah menjulang dua trofi, Anugerah Stefan Edberg dan juga trofi pemain pilihan peminat.

ROGER Federer bangkit daripada permainan hambar apabila berjaya mengetepikan Tomas Berdych 56-4 6-3 dalam aksi pembukaan Jelajah ATP AKhir Dunia di Arena O2, London pada Isnin.

Jaguh tenis Switzerland itu pantas memperbaiki corak permainan pada set pertama ketika mata terikat 2-2 dengan Berdych.

"Ia merupakan aksi permulaan yang paling buruk tahun ini. Tidak ada servis pertama, kesilapan berulang dan tidak ada apa-apa berlaku di garisan belakang. 

"Jadi ia memang perlawanan sukar. Bagaimanapun saya lega kerana cepat memperbaiki permainan," jelas pemain No.3 dunia itu.

Pemain berusia 34 tahun ini berada dalam Kumpulan Stan Smith bersama Berdych, Novak Djokovic yang turut menewaskan pemain Jepun Kei Nishikori 6-1 6-1 pada aksi awal pagi Isnin.

Selepas perlawana itu juga menyaksikan Federer menerima Anugerah Stefan Edberg dan juga trofi pemain pilihan peminat (ATPWorldTour.com Fans').

Selain itu, semua pemain memakai riben berwarna hitam pada baju masing-masing bagi menghormati mangsa-mangsa yang terkorban dalam  serangan pengganas di Paris Jumaat lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain