suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Sedia Lepaskan Cristiano Ronaldo

REAL MADRID dilapor sedia melepaskan bintangnya Cristiano Ronaldo pada musim depan jika mereka menerima bayaran sebanyak £80 juta.

Pemain Portugal itu sebelum ini memberi isyarat akan meninggalkan Real Madrid dengan Manchester United dan PSG antara kelab yang mahu mendapatkannya.

Dalam persaingan antara dua kelab itu, United berharap dapat mencipta pembelian yang penuh emosi di kalangan penyokong kerana bintang pujaan mereka kembali ke Old Trafford.

Bagaimanapun Ronaldo pula mahukan cabaran baru bagi sebelum mengakhiri karier bola sepak yang penuh gemilang itu.

Media melaporkan, Real Madrid berharap mendapat bidaan tinggi kerana ia mampu membantu menambah tabung kelab berkenaan.

Tidak ketinggalan untuk mendapatkan Ronaldo ialah Chelsea selepas pemiliknya Roman Abramovic dikatakan sedang berusaha membawa pemain itu ke Stamford Bridge.

Real Madrid, Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain