suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hungary Sahkan Tiket Euro 2016, Tamat Penantian 30 Tahun

Priskin (kiri) menjaringkan gol pertama untuk Hungary.

HUNGARY mengesahkan tiket ke kejohanan Euro 2016 selepas menewaskan Norway 2-1 pada pusingan play off kelayakan Euro 2016, awal pagi Isnin.

Dengan kemenangan itu, Hungary menamatkan kemarau selama 30 tahun untuk mara kejohanan berprestij dunia itu.

Hungary mendahulu seawal minit ke-14 menerusi jaringan Tamas Priskin.

Tuah terus berpihak kepada pasukan tuan rumah apabila Markus Henriksen menjaringkan gol ke gawang sendiri ketika perlawanan berbaki tujuh minit.

Kesilapan tersebut sekali gus memberikan mata percuma kepada Hungary.

Namun, Henriksen bangkit menebus kesilapan yang dilakukannya dengan menghadiahkan gol tunggal untuk Norwary pada minit ke-87.

Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat dibunyikan.


Hungary, Norway, kelayakan Euro 2016

Artikel Berikut

Keputusan Kelayakan Piala Dunia

Artikel Lain