suria

Malaysia Lawan UAE Aksi Terakhir Tahun Ini

PETALING JAYA: Pasukan bola sepak kebangsaan bakal menamatkan saingan di peringkat antarabangsa tahun ini dengan aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2018 peringkat Kumpulan A bertemu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam pada Selasa.

Perlawanan tersebut boleh dianggap sebagai aksi pelengkap kumpulan memandangkan di atas kertas impian skuad Harimau Malaya untuk beraksi di pentas Asia atau dunia selepas mencatat kekalahan keempat kepada Palestin (0-6) di Amman pada 12 November lalu.

Pasukan UAE pastinya diingat setiap lapisan rakyat Malaysia apabila mereka berjaya melakar sejarah baru buak skuad kebangsaan dengan memalukan skuad bimbingan Dollah Salleh 10-0.

Kekalahan memalukan itu menjadi punca kepada pelbagai kontroversi termasukan perletakan jawatan Dollah sebaik sahaja perlawanan itu tamat sebelum ‘perang suar’ di Stadium Shah Alam ketika perlawanan keempat (8 September) bertemu Arab Saudi oleh penyokong-penyokong tidak berpuas hati dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kekalahan itu.

Gara-gara tindakan melampau itu, FAM didenda oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) RM180,000, memberi Arab Saudi kemenangan 3-0 kepada Arab Saudi.

Lebih menyedihkan, FIFA turut mengarahkan skuad negara bermain satu perlawanan tanpa penyokong, yang kebetulannya ia adalah perlawanan terakhir Harimau Malaya tahun ini.

"Sudah tentu ia menjadi perlawanan terakhir tahun ini dan saya harap pemain-pemain tahu yang kita mahukan prestasi terbaik," jelas jurulatih kebangsaan sementara, Datuk Ong Kim Swee.

Jelasnya, keputusan tidak baik sebelum ini telah memberi kesan kepada semua termasuk penyokong.

"Saya tidak suka cakap benda yang dah lepas.

Tetapi ia bukan sahaja berkenaan dengan 10-0 tetapi keputusan yang lain selepas itu  kerana mereka ‘fobia’.

"Jika satu gol mereka ‘stable’ lagi, tetapi selepas 2 atau tiga gol kepercayaan diri dalam diri pemain hilang.

"Saya ada bercakap dengan mereka mengenai perkara itu dan harap mereka tahu apa yang perlu dilakukan," jelasnya.

Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan bagi Kumpulan A.

Malaysia 1 – 1 Timor Leste (11 Jun)

Malaysia 0 – 6 Palestin (16 Jun)

UAE 10 – 0 Malaysia (3 Sept)

Malaysia 0 – 3 Arab Saudi (8 Sept)

Timor Leste 0 – 1 Malaysia (13 Okt)

Palestin 6 – 0 Malaysia (12 Nov)

Malaysia – UAE (17 Nov)

Arab Saudi – Malaysia (26 Mac 2016)


UAE, Malaysia

Artikel Sebelum

Keputusan Kelayakan Euro 2016

Artikel Lain