JDT-Perak Buka Tirai Aksi Pertama Piala Malaysia 2015 - Sukan | mStar

JDT-Perak Buka Tirai Aksi Pertama Piala Malaysia 2015

PETALING JAYA: Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal membuka tirai saingan pusingan pertama TM Piala Malaysia 2015 dengan menerima kunjungan Perak bagi Kumpulan B di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin pada 11 September ini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan pada Ahad, jadual lengkap Piala Malaysia diumumkan selepas mengambil kira beberapa perkara.

"Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) telah membuat pertimbangan dan meluluskan jadual pertandingan berdasarkan Jadual kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia, Piala Asia UAE 2019 yang melibatkan pasukan kebangsaan," jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Jadual saingan 16 pasukan merebut trofi berprestij bola sepak Malaysia ini juga berdasarkan tarikh perlawanan suku akhir Piala AFC yang melibatkan wakil negara, JDT dan Pahang.

Turut mengambil kira faktor pertindihan penganjuran perlawanan bagi pasukan di bawan badan gabungan Persatuan Bolasepak yang berada dalam negeri yang sama (JDT, JDT II, Selangor, Selangor PKNS, Terengganu dan T-Team.

Dan faktor perkongsian venue perlawanan bagi beberapa pasukan seperti KL Felda FC dan Selangor PKNS (Stadium MP Selayang) serta Selangor dan PDRM (Stadium Shah Alam).

Pusingan pertama Piala Malaysia dijangka berakhir pada 26 September dan diteruskan dengan saingan kedua bermula 2 Oktober depan.

Jadual perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia 2015:

11 Sept 

JDT lwn Perak

12 Sept

Terengganu lwn JDT II

Lions XII lwn Kedah

Sarawak lwn ATM

Selangor lwn Kelantan

KL Felda United lwn T-Team

Pahang lwn PDRM

Pulau Pinang lwn PKNS

18 Sept

Kedah lwn Terengganu

Kelantan lwn KL Felda United

19 Sept

JDT II lwn Lions XII

Perak lwn Sarawak

ATM lwn JDT

T-Team lwn Selangor

PDRM lwn P.Pinang

PKNS lwn Pahang

26 Sept

JDT II lwn Kedah

Lions XII lwn Terengganu

Sarawak lwn JDT

Perak lwn ATM

Selangor lwn KL Felda United

T-Team lwn Kelantan

P.Pinang lwn Pahang

PDRM lwn PKNS

Senarai kumpulan:

Kump A: Terengganu, Lions XII, Kedah, JDT II

Kump B: JDT, Perak, Sarawak, ATM,

Kump C:KL Felda United, Kelantan, Terengganu, T-Team

Kump D: Pahang, PDRM, P.Pinang, Selangor PKNS

jadual Piala Malaysia 2015

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain