suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Djokovic Tewaskan Federer, Juarai Wimbledon Kali Ketiga

Novak Djokovic bersama trofi kejuaraan Wimbledon yang ketiga miliknya. Foto REUTERS

LONDON: Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic merangkul gelaran trofi kejuaraan Wimbledon kali ketiga selepas menewaskan Roger Federer dengan 7-6(1) 6-7(10) 6-4 6-3 pada kejohanan akhir, malam Ahad.

Pemain Serbia itu memusnahkan harapan Federer untuk mencatatkan rekod juara Wimbledon buat kali kelapan dan gelaran Grand Slam 18 kali.

Walaupun menjadi juara Grand Slam 17 kali sehingga menjadi pilihan ramalan penonton, namun Federer tewas di tangan Djokovic dalam permainan yang berlangsung selama dua jam dan 56 minit di London.

Kejuaraan itu menyaksikan Djokovic bangkit daripada kekalahan dalam pertemuannya dengan Stanislas Wawrinka pada kejohanan akhir Terbuka Perancis bulan lalu.

Trofi kejuaraan Wimbledon kembali menjadi milik Djokovic selepas beliau menjuarai kejohanan itu pada 2011 dan 2014.

Jika Djokovic mampu memenangi Terbuka Amerika di New York pada bulan depan, beliau akan mencatatkan sejarah memenangi tiga kejuaraan Grand Slam tahun ini.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Tenis Wimbledon

Artikel Lain