suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TMJ Letak Jawatan Presiden PBNJ

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Ahad meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, Tunku Ismail meletakkan jawatan itu pada pukul 5 petang Ahad.

Menurutnya, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim dilantik memegang jawatan presiden tersebut.

"Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor. 

"Walau bagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan. 

"Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan." kata Mohd Fahmy dalam kenyataan.

Artikel Sebelum

Keputusan Tenis Wimbledon

Artikel Lain