suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Tinggalkan Chelsea Julang Piala, Lawat Ramires

PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho terpaksa memendekkan tempoh sambutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang dimenangi kerana perlu bergegas ke hospital untuk melawat Ramires.

Pemain tengah kelahiran Brazil terbabit ditahan di hospital sebelum perlawanan pada Ahad itu berlangsung dan berikutan itu juga namanya terpaksa dikeluarkan dari senarai kesebelasan utama.

Bercakap selepas perlawanan tersebut, Mourinho berkata, Ramires ke hospital selepas berasa tidak sihat sebelum ditempatkan di wad.

Jurulatih dari Portugal itu turut menafikan bahawa Ramires mengalami masalah batu karang seperti yang didakwa siaran televisyen Brazil.

Berikutan ketiadaan pemain terbabit, Mourinho terpaksa menggunakan khidmat Juan Cuadrado untuk memastikan tiga mata berharga menjadi milik skuad tersebut.

Chelsea bergelar juara selepas Eden Hazard menjaringkan gol tunggal perlawanan dengan melakukan sentuhan kedua apabila sepakan penalti ditepis penjaga gol Crytal Palace, Julian Speroni.




Chelsea, Ramires

Artikel Lain