suria

Gol Tunggal Hazard Bawa Chelsea Julang Trofi Juara EPL

PASUKAN Chelsea mengesahkan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2014/15 milik mereka selepas mencatat gol tunggal ke atas Crystal Palace di Stamford Bridge, Ahad malam.

Eden Hazard yang baharu dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) musim ini menjadi penyelamat dengan jaringannya pada minit ke-45.

Biarpun mempamerkan aksi agak perlahan, anak buah Jose Mourinho itu berjaya menyekat serangan skuad pelawat sehinggalah tamat masa perlawanan.

Dengan kemenangan tersebut menyaksikan Chelsea mengukuhkan mata sekaligus menjulang trofi juara liga buat kali keempat di laman sendiri, manakala gelaran ketiga dibawah bimbingan Mourinho selepas 2005 dan 2006.

Malah Mourinho yang dikenali sebagai 'Special One' terus menambah koleksi trofi juara yang ke-22 sepanjang kariernya selepas kembali mengambil alih The Blues sejak Jun 2013 selepas meninggalkan kelab ini pada tahun 2007.

Kali terakhir The Blues menjulang trofi liga berprestij England ini pada tahun 2010 di bawah pengurusan Rafael Benitez.

Artikel Lain