Denda Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang Cecah RM40,000 - Sukan | mStar

Denda Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang Cecah RM40,000

Nazir Ariff Mushir Ariff

GEORGE TOWN: Denda yang dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) gara-gara tindakan liar penonton kini mencecah RM40,000, kata Presiden FAP Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff. 

Sambil meminta penyokong bertindak rasional dalam segala tindak tanduk mereka, beliau berkata perkara tersebut tidak sihat untuk pembangunan bola sepak negeri.

"Bukan ini caranya menyatakan sokongan, berilah ruang dan peluang kepada kami untuk buat yang terbaik demi pasukan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata seramai 200 anggota keselamatan bertugas setiap kali perlawanan berlangsung terdiri daripada polis, Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Bagaimanapun adalah mustahil untuk mengawal barang-barang yang dibawa masuk ke dalam stadium dalam keadaan ribuan penonton bersesakan di pintu masuk,katanya.

Nazir Ariff berkata pihaknya dalam proses mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mengurangkan kadar denda itu.

Jumaat lepas sekumpulan penyokong yang menamakan diri mereka sebagai Brigade 07 membakar suar selepas perlawanan dengan UiTM FC sebagai tanda protes terhadap Alberto Goncalves dan mahu pemain itu dikeluarkan daripada pasukan.

Ribuan bekas minuman pula dibaling ke dalam kawasan padang dan trek pada aksi menentang Johor Darul Ta'zim II pada 3 April lepas.

Dalam pada itu beliau turut menafikan desas-desus kononnya Pengurus Pasukan Mohd Azizudin Mohd Shariff meletak jawatan seperti tersebar di laman sosial baru-baru ini.

"Beliau ada bersama kami dan tidak ke mana-mana. Tidak tahu siapa yang mulakan khabar angin itu dan mengapa mereka buat begitu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Saya Yakin Saya Menang - Pacquiao

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain