suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stadium Piala Dunia Brazil Kini Siap Sepenuhnya

Arena da Baixada

DUA daripada venue peringkat akhir Piala Dunia di Brazil yang berlangsung pada tahun lalu kini siap sepenuhnya.

Stadium Itaquerao di Sao Paulo dan Arena da Baixada di Curitiba siap sepenuhnya baru-baru ini walaupun kejohanan penting tersebut telah berakhir hampir setahun lalu.

Kerja-kerja pembinaan kedua-dua stadium berkenaan telah dihentikan pada tahun lalu untuk memberi laluan kepada saingan Piala Dunia walaupun ia belum siap sepenuhnya.

Mirror Online melaporkan Brazil telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £2 bilion untuk membina stadium baharu serta menaiktaraf venue sedia ada.

Bagaimanapun pembinaan tersebut gagal disiapkan sebelum kejohanan berprestij itu dimulakan dan ia tidak memberi makna kepada peminat bola sepak dari seluruh dunia.

Walaupun stadium berkenaan siap dengan penuh kecanggihan namun ia tidak bernilai kerana kemudahan itu bakal memberikan manfaat kepada pemain tempatan negara itu.

Brazil, Piala Dunia

Artikel Lain