suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man City Semakin Hampir Dapatkan Raheem Sterling

JUARA Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City percaya mereka semakin hampir untuk melengkapkan perpindaan bernilai £55 juta bagi mendapatkan Raheem Sterling, lapor akhbar Sunday People.

Laporan itu menyebut, Ketua Eksekutif City, Ferran Soriano dan Pengarah Bola Sepak, Txiki Begiristain kini sedang berusaha mendapatkan bintang muda Liverpool itu sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Dua individu penting di City itu bertindak awal dalam mendapatkan Sterling sebelum keadaan menjadi lebih sibuk selepas liga melabuhkan tirai.

Malah mereka juga dilapor akan menjadikan Sterling sebagai pemain pertama yang akan ditandatangani apabila jendela perpindahan pemain dibuka.

Penyerang England berusia 20 tahun itu enggan melanjutkan kontraknya bersama Liverpool selepas hanya ditawarkan gaji sebanyak £100,000 seminggu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga menolak sebarang perbincangan mengenai kontrak diadakan sehingga Liga Perdana Inggeris musim ini berakhir.

Dalam usaha mendapatkan Sterling, City dilapor menawarkan gaji sebanyak £165,000 seminggu dan pemain itu akan menerima imbuhan jika berjaya membantu skuad berkenaan menjuarai liga serta memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain