suria

Van Gaal Ditekan Raih Juara EPL Musim Depan

Louis van Gaal.

LOUIS van Gaal diberi tekanan supaya perlu memastikan Manchester United menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim depan sekiranya kelab itu mahu berbelanja besar untuk mendapatkan pemain baharu.

Kelab gergasi di Old Trafford akan berbelanja lebih besar lagi berbanding peruntukan £150 juta (RM816.02 juta) sebelum ini bagi memenuhi hasrat itu.

Bagaimanapun Van Gaal diberi amaran bahawa perbelanjaan besar itu perlu mendapat 'pulangan' yang setimpal.

Pada musim lalu semasa Manchester United sedang mencari pengganti selepas pemecatan pengurus David Moyes, sumber kelab itu pada awalnya menjelaskan pengurus baharu itu dijangka akan mendapatkan gelaran jualan dalam kemunculan pada musim pertama.

Bagaimanapun, sasaran itu dinilai semula apabila Van Gaal mengadakan perbincangan bersama naib pengerusi, Ed Wood ward dan pemilik kelab itu.

Van Gaal menegaskan bahawa beliau hanya akan mengambil alih tugas pengurus itu sekiranya diberikan masa untuk membina semula pasukan dan itu membuatkan beliau tidak boleh menjangkakan sebarang pencapaian lebih baik daripada kedudukan empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris.

Selepas berbelanja untuk mendapatkan Angel Di Maria, Luke Shaw, Ander Herrera, Daley Blind, Marcos Rojo, Radamel Falcao dan Victor Valdes tahun lepas, kelab yang diberi gelaran The Red Devils itu sudah bersedia untuk membuat perbelanjaan besar-besaran bagi perpindahan pemain.

Pada masa ini, penyerang Real Madrid, Gareth Bale menjadi pilihan teratas Manchester United selain Van Gaal turut mahu mendapatkan dua pemain dari Borussia Dortmund, Mats Hummels dan Ilkay Gundongan, Memphis Depay (PSV Eindhoven) dan Nathaniel Clyne (Southampton).

Peruntukan bagi kesemua sasaran ini hampir £200 juta (RM1.09 bilion) dan pihak pengurusan tertinggi Manchester United menuntut nilai wang ke atas perbelanjaan besar itu.

Van Gaal yang mempunyai baki dua tahun lagi menerusi kontrak yang ditandatanganinya pada musim lepas berkata, beliau akan berjuang untuk meraih gelaran juara itu sebelum kontraknya tamat.

Bagaimanapun, semua pengurusan tertinggi mahu Manchester United mengembalikan juara Liga Perdana Inggeris ke Old Trafford pada musim depan sekiranya mereka memenuhi sasaran bagi mendapatkan semua pemain baharu. - MIRROR

Artikel Lain