suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Dimalukan West Brom Di Old Trafford

Pemain West Bromwich Albion, Darren Fletcher (kanan) cuba dicabar oleh pemain Manchester United, Marouane Fellaini (kiri) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford di Manchester, England, awal pagi Ahad. Foto AFP

MANCHESTER United gagal memaksimumkan peluang keemasan bermain di kubu sendiri untuk meraih kemenangan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Kelab yang diberi gelaran The Red Devils itu terpaksa menerima kekalahan di tangan pasukan tetamu, West Bromwich Albion dengan 0-1 di Old Trafford.

Walaupun mendominasi permainan, Wayne Rooney sering kali gagal untuk memanfaatkan peluang yang diraihnya. 

Sebagai pasukan tetamu, West Bromwich Albion berjaya meraih satu jaringan menerusi aksi Jonas Olsson pada minit ke-63.

Kekalahan ini menjadi kekalahan ketiga Manchester United secara berturut-turut dalam tiga minggu. 

Terdahulu, pasukan di bawah bimbingan pengurus Louis van Gaal ini ditewaskan oleh Chelsea dan Everton.

Keadaan ini membuatkan hasrat Manchester United untuk kembali menduduki posisi ketiga Liga Perdana Inggeris gagal.

Manchester United terus kekal pada kedudukan keempat dengan 65 mata.

Tangga ketiga diduduki Arsenal dengan 67 mata, hanya berbeza dua mata.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain