suria

Isteri Rio Ferdinand Meninggal Dunia Akibat Kanser

Ferdinand bersama isterinya Rebecca.

ISTERI bekas kapten Manchester United dan England, Rio Ferdinand meninggal dunia akibat kanser selepas sekian lama bertarung nyawa menghadapi penyakit tersebut.

Pemain berusia 36 tahun itu mengeluarkan kenyataan mengenai kematian isterinya, Rebecca Ellison, 34 di laman web rasmi Queen's Park Rangers (QPR).

"Rebecca, isteri saya meninggal dunia dengan tenang selepas bertarung dengan kanser di Hospital Royal Marsden di London.

"Dia merupakan seorang ibu yang baik kepada tiga cahaya mata dan dia akan sentiasa dirindui dan diingati sebagai satu inspirasi.

"Saya sekeluarga serta keluarga Rebecca ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang memberi sokongan dalam menghadapi hari-hari yang sukar ini," kata Ferdinand.

Ferdinand dan Rebecca berkahwin pada 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Lorenz, Tate, dan Tia.

Jurucakap kelab QPR berkata, semua kakitangan di sini bersimpati terhadap Rio dan keluarga di atas pemergian isterinya.

Bekas kelab ferdinand, Manchester United turut menyampaikan ucapan takziah kepada Rio dan keluarganya menerusi laman sosial Twitter.

"Kami di MUFC bersimpati kepada Rio Ferdinand ke atas isterinya yang telah meninggal dunia.

Beberapa bintang bola sepak seperti Gary Lineker, Peter Crouch dan juga Dion Dublin turut meluahkan rasa simpati kepada pemain pertahanan QPR itu.

"Ingatan dan doa untuk Rio dan keluarga, satu kehilangan yang menyedihkan," kata Lineker menerusi twitternya.






Manchester United, QPR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain